suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 6 tahun terpaksa bedah jantung, bapa sanggup buat tatu sama dengan parut anak

Joey Watts membuat tatu menyamai parut di dada anaknya.

SEORANG bapa sanggup melakukan apa sahaja untuk anaknya.

Begitu juga dengan Joey Watts, dia rela membuat tatu di dadanya bagi memberi sokongan buat anaknya.

Tatu itu dilukis menyamai parut di dada anaknya yang berusia enam tahun yang menjalani pembedahan jantung.

Kanak-kanak itu menjalani pembedahan berkenaan di Hospital Kanak-Kanak Leeds empat minggu lalu.

Dia berasal dari Yorkshire, England.

Selain sokongan untuk anaknya, ia juga merupakan sebahagian daripada kempen #ScarSelfie untuk menyokong kanak-kanak yang mempunyai penyakit berkaitan jantung. - Mirror.

Artikel Lain