Wanita dedah punca ibunya tidak setuju namakan bayi 'Catalina'

Gambar hiasan.

SEORANG bakal ibu dalam dilema untuk memilih nama anaknya.

Wanita yang tidak mahu dikenali memberitahu dia dan pasangannya telah memilih nama bayi perempuan yang bakal lahir dengan panggilan Catalina.

"Semalam saya berbincang dengan ibu dan memberitahu mengenai nama yang bakal diberikan kepada anak saya.

"Saya beritahu akan meletakkan nama Catalina kerana ia satu nama yang indah.

"Namun ibu saya tiba-tiba bertukar menjadi serius dan menyuruh saya memilih nama lain.

"Saya enggan kerana kami (teman lelaki) memang suka dengan nama tersebut. Ibu saya seterusnya menceritakan sesuatu berkaitan nama itu."

Rupanya beberapa tahun sebelum wanita itu dilahirkan, bapanya mempunyai hubungan sulit dengan wanita yang bernama Catalina.

Hubungan sulit itu menyebabkan perkahwinan orang tuanya hampir retak yang menyebabkan ibu wanita tersebut begitu kecewa.

"Teman lelaki saya meminta ibu melupakannya, kerana ia melibatkan anak kami. Saya akan terus menggunakan nama tersebut. Adalah saya seorang yang teruk?."

Wanita tersebut berkongsi kisahnya ini di ruangan forum Reddit.

Rata-rata memberi komen dan pendapat masing-masing yang mencadangkan supaya tidak memilih nama tersebut.

"Apa akan jadi sekiranya anak anda nanti tahu namanya sama dengan wanita yang mempunyai hubungan sulit bersama datuknya?," tulis satu komen.-mirror.co.uk

bakal ibu, Catalina

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain