suria

Lelaki sedang berkayak di paya sempat rakam foto ular sawa telan buaya

Foto yang dirakam Martin Muller sewaktu dia berkayak di sebuah kawasan paya di Queensland, Australia.

SEORANG lelaki yang sedang berkayak sempat merakam detik seekor ular sawa menelan buaya di Queensland, Australia.

Martin Muller melihat kejadian itu sewaktu dia sedang berkayak di sebuah kawasan paya.

Ular sawa jenis olive itu merupakan yang kedua terbesar di Australia.

Foto itu yang disiarkan menerusi Facebook menerima lebih 10,000 respon orang ramai.

Malah, ramai yang kagum melihat foto berkenaan.

"Hebat, saya fikir buaya yang akan menang," tulis seorang pelayar Facebook.

Dalam pada itu, penyelamat hidupan liar, Michelle Jones turut memberi komen berhubung foto itu.

"Biasa bagi mereka untuk telan apa sahaja yang muat dalam mulut," ujarnya.

Dia turut membela dua ekor ular sawa jenis sama di kediamannya. - Daily Mail.

ular sawa, buaya, berkayak, paya

Artikel Lain