suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 6 tahun pengsan, terjatuh permainan rollercoaster

SEORANG kanak-kanak lelaki diterbangkan ke hospital menggunakan helikopter selepas terjatuh daripada permainan rollercoaster.

Saksi berkata dia terlihat kanak-kanak itu terjatuh dari rollercoaster Twister dekat taman tema Lightwater Valley dekat Ripon.

Simon Moran memuatnaik gambar sebuah helikopter berwarna kuning mendarat di taman tema itu di Twitternya.

Susulan insiden itu, permainan tersebut ditutup untuk orang ramai.

Ambulans udara Yorkshire mengesahkan keadaan budak lelaki berusia enam tahun itu sebagai tidak kritikal.

"Budak lelaki itu pengsan sebaik sahaja polis tiba di lokasi kejadian. Dia sudah dihantar ke hospital. Namun keadaannya tidak kritikal," kata jurucakap polis.

Difahamkan budak lelaki itu terjatuh pada ketinggian 20 hingga 30 kaki dari udara.

Permainan itu dipercayai boleh mencapai ketinggian 43 kaki. - Metro.co.uk

terjatuh, rollercoaster

Artikel Lain