suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar lelaki bakar diri dekat Rumah Putih

Pasukan kecemasan segera memadamkan kebakaran pada seorang lelaki yang bertindak membakar dirinya sendiri. Foto GREG MILLER/EPA-EFE/REX

ORANG ramai di kawasan sekitar kediaman rasmi Presiden Amerika Syarikat, Rumah Putih digemparkan dengan tindakan seorang lelaki membakar dirinya.

Pasukan keselamatan segera memadamkan kebakaran pada lelaki itu yang dikatakan terbakar 85 peratus pada badannya.

Lelaki yang belum dikenal pasti itu bertindak membakar dirinya pada pukul 12.20 tengah hari Rabu waktu tempatan.

Dia dilaporkan parah dan dirawat di hospital.

Bagaimanapun, timbul spekulasi mengatakan dia mungkin memakai sut pelindung dalam kejadian itu.

Setakat ini, Rumah Putih belum membuat kenyataan rasmi berhubung insiden berkenaan. - Mirror UK


bakar, Rumah Putih

Artikel Lain