suria

Lelaki buat kejutan, hadiahkan kekasih lautan bernilai lebih RM370,000

Sebahagian lautan dijadikan sebagai kejutan hadiah kepada seorang kekasih. Foto Shoot ‘N Design/Unsplash

SEORANG wanita dari China meraih perhatian apabila menerima kejutan hadiah daripada teman lelakinya.

Dia dikatakan menerima hak penggunaan kepada lautan terbuka seluas 210 hektar. 

Terletak di peraian di wilayah Shandong, dekat Pulau Cheniushan, lautan itu sebelum itu milik sebuah syarikat penternakan ikan dan diperolehi oleh kekasih wanita tersebut menerusi lelongan secara dalam talian.

Lelaki bernama Zhang itu dilaporkan membayar kira-kira AS$90,000 (RM377,370) untuk mendapatkannya dan menawarkannya kepada kekasih sebagai usaha memujuk selepas tidak membeli hadiah pada 20 Mei lalu.

Media tempatan di wilayah Shandong di China menyiarkan tangkapan skrin daripada aplikasi Wechat yang dikatakan menunjukkan wanita itu memberitahu rakan-rakannya mengenai kejutan 'sebahagian lautan' daripada kekasihnya.

Dia turut berkongsi peta lokasi dan gambar kawasan lautan tersebut.

Peguam yang berpangkalan di Beijing, Zhang Xinnian memberitahu media China, The Paper bahawa tawaran Zhang adalah mengikut peruntukan undang-undang. - odditycentral


hadiah, lautan, kejutan

Artikel Lain