Disaman kerana 'garu muka' semasa memandu

Imej yang dirakamkan oleh kamera pengawasan menunjukkan pemandu sedang menggaru pipinya tetapi disalah anggap sebagai menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

SUKAR untuk menentukan sama ada seseorang itu sedang menggaru mukanya dan menggunakan telefon bimbit.

Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki di Jinan, wilayah Shandong di China yang menerima notis kesalahan kerana menggunakan telefon semasa memandu.

Notis tersebut turut disertakan imej yang dirakamkan kamera pengawasan menunjukkan kesalahan yang dilakukan, dengan tangan kanannya pada pipi.

Gambar tersebut bagaimanapun tidak menunjukkan telefon dan lelaki itu juga tidak mengingati sama ada dia menggunakan telefon ketika memandu pada hari kejadian.

Pengguna jalan raya itu sebenarnya hanya menggaru mukanya semasa imejnya dirakamkan. 

Walau bagaimanapun, dia difahamkan akan menerima dua mata penalti pada lesen memandunya dan perlu membayar denda AS$7.25 (RM30.46).

"Saya sering lihat netizen didedahkan kerana memandu dan menyentuh (lain) kaki, tetapi pagi ni kerana menyentuh muka saya, saya dirakamkan kerana melanggar peraturan!," kata pemandu itu di laman media sosial Sina Weibo.

Tambahnya, dia merancang untuk berjumpa dengan pihak berkuasa dan meminta mereka menyelesaikan perkara tersebut. - odditycentral

garu, muka, memandu, saman

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain