Pendaki yang berjaya ke puncak Gunung Everest sempat hantar mesej terakhir kepada isteri sebelum maut terjatuh - Dunia | mStar

Pendaki yang berjaya ke puncak Gunung Everest sempat hantar mesej terakhir kepada isteri sebelum maut terjatuh

Seamus maut terjatuh selepas sampai ke puncak Gunung Everest. Foto RTE NEWS

SEORANG pendaki Gunung Everest yang maut terjatuh selepas berjaya sampai ke puncak sempat menghantar mesej kepada isterinya yang hamil sebelum tragedi berlaku.

Warga Ireland, Seamus Lawless, 39, terjatuh pada Khamis lalu, dan pemandu arah diarah untuk tidak melakukan pencarian ke atasnya.

Mendiang Seamus merupakan salah seorang daripada 11 pendaki yang maut di gunung tertinggi di dunia itu dalam tempoh sembilan hari.

Irish Sun melaporkan seorang paderi mendedahkan mendiang Seamus telah menghantar mesej terakhir kepada isterinya, Pamela.

Paderi, Father Michael O'Kelly memberitahu di County Wicklow bahawa mesej tersebut menyebut "saya telah melakukannya, telah sampai ke puncak dan pulang ke rumah".

Seamus merupakan seorang profesor di Kolej Trinity Dublin di Ireland, meninggal dunia hanya beberapa jam selepas sampai ke puncak Gunung Everest.

Mendaki Gunung Everest merupakan impiannya sebelum menyambut hari kelahiran ke-40 pada July ini. - Mirror UK


pendaki , Gunung Everest

Artikel Berkaitan

Artikel Lain