suria

Penceroboh kemas bilik dan cuci tandas buat tuan rumah terkejut, "Ia masih seram dan pelik"

Tandas dan ruang bilik kelihatan kemas. Foto: Facebook

SEORANG lelaki terkejut apabila rumahnya dipecah masuk ketika berada di tempat kerja.

Namun lebih mengejutkan Nate Roman,44, apabila tidak ada satu barang bernilai pun hilang di rumahnya, tetapi rumahnya kelihatan berbeza sebelum dia keluar bekerja.

Roman yang tinggal di Marlborough memberitahu kepada Boston Globe bahawa dia menyedari ada orang asing telah masuk ke rumahnya.

Pelik bagi Roman kerana keadaan biliknya kelihatan kemas dan bersih begitu juga dengan tandas.

Dia hanya terfikir mungkin perkhidmatan mengemas rumah tersilap datang ke tempatnya.

Pun begitu Roman tetap menanggapnya ia sesuatu yang meyeramkan dan pelik.

Malah pihak polis juga buntu kerana tidak pernah berdepan dengan situasi ini.

"Ia masih lagi seram dan pelik. Tidak ada idea untuk fikir mengenainya-metro.co.uk

ceroboh, kemas rumha, pelik

Artikel Lain