suria

Hanya tunjuk kaki kecil, gambar putera sulung Meghan-Harry raih perhatian dunia

Gambar menunjukkan kaki Archie yang dibelai Meghan. Foto Instagram Sussex Royal

PASANGAN diraja Duke dan Duchess of Sussex memuat naik gambar terbaharu yang comel menunjukkan anak sulung mereka, Archie Harrison pada Ahad.

Gambar yang hanya mempamerkan kaki Archie itu sempena sambutan Hari Ibu yang pertama kali disambut oleh Meghan.

Imej tersebut menarik perhatian ramai kerana hanya menunjukkan dua kaki kecil yang dibelai menggunakan tangan Meghan, berlatarkan bunga kesukaan ibu Putera Harry, mendiang Puteri Diana.

Istana Buckigham di Britain mengesahkan MailOnline bahawa gambar tersebut memaparkan kaki Archie dan tangan Duchess of Sussex. - Mail Online UK

Artikel Lain