Selera terbantut, wanita terkejut temui anak tikus dalam hidangan ayam teriyaki - Dunia | mStar

Selera terbantut, wanita terkejut temui anak tikus dalam hidangan ayam teriyaki

Wanita itu memuat naik video juadah berkenaan menerusi laman Facebook miliknya baru-baru ini.

ASPEK kebersihan sememangnya menjadi elemen paling penting dalam penyediaan makanan.

Namun, seorang wanita ternyata kecewa apabila juadah yang dibelinya mengandungi bahan yang cukup menjijikkan.

Menerusi posting di Facebook baru-baru ini, Deyanira Cortes dari Columbus, Ohio memuat naik video hidangan ayam teriyaki yang mengandungi anak tikus.

Ujarnya, makanan itu dibeli dari sebuah pasaraya di Colombus dan dia hanya menyedari perkara itu setelah pulang ke rumah.

Perkongsian itu pantas menjadi perbualan hangat di media sosial.

Malah, ramai yang menyatakan rasa simpati mereka terhadap Cortes. - Daily Star.

ayam teriyaki , anak tikus , makanan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain