Lelaki amuk mahu buka pintu sewaktu pesawat sedang terbang, ugut pukul anak kapal - Dunia | mStar

Lelaki amuk mahu buka pintu sewaktu pesawat sedang terbang, ugut pukul anak kapal

Kejadian itu berlaku sewaktu penerbangan Ryanair pada Sabtu lalu.

PENERBANGAN pesawat Ryanair dari Manchester ke Gran Canaria, United Kingdom (UK) pada Sabtu lalu bertukar kecoh.

Ia susulan seorang penumpang yang mengugut untuk membunuh semua individu yang berada dalam pesawat berkenaan.

Malah, suspek turut mengugut untuk mencederakan dengan alat pemadam kebakaran.

Lebih teruk, dia juga mahu membuka pintu pesawat sewaktu ia masih terbang.

"Dia datang ke bahagian depan dan mula lempar gelas ke atas lantai.

"Dia ambil alat pemadam api dan ugut untuk pukul krew kabin wanita," kata salah seorang penumpang.

Penumpang yang berada dalam pesawat cuba menenangkan suspek namun gagal.

Berlarutan selama 45 minit, lelaki itu ditahan polis sebaik pesawat mendarat.

Malah, dia kini turut diharamkan menaiki daripada penerbangan itu. - Daily Star.

Ryanair , mengamuk , krew kabin

Artikel Berkaitan

Artikel Lain