suria

"Hilang ibu seperti hilang pelindung" - Putera Harry

Putera Harry selamat bergelar bapa beberapa hari lalu.

PUTERA Harry terbuka bercerita mengenai perasaan kehilangan ibunya, Puteri Diana selepas menghadiri sebuah majlis di Belanda.

Luahannya itu diceritakan kepada bekas askar Dennis van der Stroon.

Menurut Van Der Stroon, Putera Harry menyamakan kehilangan ibunya seperti kehilangan pelindung.

"Bagaimana anda memerlukannya sebagai seorang anak dan ia lesap apabila anda kehilangan ibu anda," katanya.

Mereka turut berbual mengenai anak sulungnya, Archie.

"Harry berkatanya Archie menjadi keutamaannya ketika ini. Dia mengalami masalah tekanan emosi beberapa bulan lalu tetapi kehamilan isterinya ibarat memberi sinar baharu kepada kehidupannya.

"Dia amat kagum dengan keajaiban di dunia dan bagaimana anaknya boleh membuat ramai gembira. Dia juga seronok kerana anaknya tidak banyak karenah," katanya. - Metro.co.uk

Putera Harry, Puteri Diana, Archie

Artikel Lain