suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejam! Wanita dirakam ketawa lepas campak anak kucing ke dinding

Perbuatan wanita itu mengundang kemarahan orang ramai.

SEBUAH rakaman video menunjukkan seorang wanita ketawa selepas mencampak anak kucing ke dinding bilik rumahnya.

Anak kucing itu dilihat berpusing sebanyak dua kali sebelum terhentak di dinding bilik.

Seorang lagi individu yang merakam video itu turut didengar mentertawakan perbuatan wanita itu.

Video yang dipercayai dirakam di Preston, Lancashire itu dimuatnaik di media sosial pada Ahad oleh seorang wanita dikenali sebagai Megan Smith.

Wanita itu dirakam mencampak anak kucing itu secara tiba-tiba ke dinding.

"Saya beri dia anak kucing saya kerana dia mahukan beri kepada anak lelakinya. Saya fikir anak kucing itu akan disayangi tetapi sebaliknya berlaku," katanya.

Dalam satu posting berasingan, Megan mendedahkan keadaan anak kucing itu.

"Anak kucing itu ok dan kembali dalam jagaan saya. RSPCA dan polis sudah dimaklumkan mengenai perkara itu," katanya.

Seorang wanita yang dikenal pasti sebagai kakak kepada wanita yang mencampak kucing tersebut melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

"Saya telah menghubungi RSPCA dan Perkhidmatan Sosial mengenai perbuatan adik saya. Dia tidak boleh lari daripada kesalahan dia," katanya. - Metro.co.uk

anak kucing, campak, dinding bilik

Artikel Lain