suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ribut Siklon Fani: Kren tumbang atas kediaman penduduk di India

Rakaman kren tumbang yang tular di India.

RIBUT Siklon Fani yang melanda India menyaksikan sebuah kren menghempap kediaman penduduk setempat di Odisha.

Rakaman kejadian itu menunjukkan kren pembinaan tumbang ke atas kediaman penduduk setempat di lokasi itu.

Kren itu dilihat beralih dari kedudukan asal selepas dibadai angin sebelum tumbang.

Namun, tidak dapat dipastikan jika ada mana-mana individu yang cedera atau meninggal dunia akibat kejadian itu.

Rakaman berkenaan yang dimuat naik ke laman sosial pantas menarik perhatian ramai.

Setakat ini, ribut berkenaan menyebabkan tiga kematian di negara itu.

Menurut laporan The Times of India, seorang lelaki maut akibat dihempap pokok.

Ribut itu melanda India pada Jumaat.

Malah, ia menyebabkan 143 penerbangan dan perjalanan kereta api dibatalkan di negara itu. - The Indipendent.

Ribut Siklon Fani, kren tumbang

Artikel Lain