suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masuk kandang untuk beri makan, penjaga zoo jadi 'santapan' 2 singa jantan

Kejadian serangan itu berlaku di Serengeti Park di utara Jerman. (Gambar Hiasan OregonZoo)

SEORANG penjaga zoo berusia 24 tahun mengalami kecederaan parah akibat diserang dua ekor singa jantan.

Kejadian melibatkan mangsa lelaki itu berlaku di sebuah zoo di utara Jerman.

Mangsa diserang sewaktu dia masuk ke kawasan kurungan singa untuk memberi makanan kepada mereka.

Dia bagaimanapun sempat diselamatkan beberapa petugas lain sebelum dihantar ke sebuah hospital berdekatan.

Zoo yang dikenali sebagai Serengeti Park di Hodenhagen itu menjadi habitat kepada lebih 1,500 haiwan.

Memiliki keluasan 120 hektar, zoo itu memiliki pelbagai spesis haiwan seperti gajah, zirafah, harimau dan sebagainya sejak dibuka pada 1974. - Daily Mail.

Artikel Lain