suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Imej pertama lubang hitam didedah

Gambar yang dikeluarkan oleh Balai Cerap Eropah Selatan pada Rabu, menunjukkan imej lubang hitam buat julung kali. Foto AFP

PASUKAN saintifik antarbangsa pada Rabu mengumumkan satu peristiwa penting dalam astrofizik, iaitu pendedahan gambar lubang hitam buat julung kali.

Imej tersebut dirakamkan menggunakan rangkaian teleskop global bagi mendapat gambaran mengenai objek angkasa dengan medan graviti yang begitu kuat.

Penyelidikan itu dikendalikan oleh projek Event Horizon Telescope (EHT), satu kolaborasi antarabangsa yang bermula pada 2012 untuk mencuba memerhatikan persekitaran langsung lubang hitam menggunakan rangkaian global teleskop yang berpangkalan di bumi.

Pengumuman tersebut dibuat dalam sidang media secara serentak di Washington, Brussels, Santiago, Shanghai, Taipei dan Tokyo. - Reuters


angkasa, lubang hitam

Artikel Lain