suria

Kecoh! Pelanggan temui serpihan kalkulator dalam bungkusan ban

BAYANGKAN ketika asyik mengunyah roti ban, terasa ada butang plastik di dalam mulut.

Senario itu hampir berlaku apabila pelanggan sebuah pasar raya di Adelaide, Australia menemui serpihan plastik dalam bungkusan roti manis itu.

Susulan itu, pihak berkuasa kesihatan, Pasadena Foodland telah mengeluarkan amaran supaya semua pelanggan yang membeli roti manis itu pada Ahad untuk memeriksa bungkusan sembilan jenis ban itu.

Langkah itu bagi memastikan pastri itu tidak tercemar daripada serpihan plastik berkenaan yang dikatakan bahagian daripada kalkulator kecil.

Bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan bagaimana ia boleh terselit dalam longgokan roti berkenaan.

"Siasatan masih dijalankan bagi mengetahui bagaimana serpihan kalkulator itu boleh ada dalam longgokan roti itu tetapi setakat ini tiada bukti menunjukkan ia perbuatan yang disengajakan," demikian kenyataan SA Health.

Plastik itu ditemui pelanggan pasar raya berkenaan yang kemudiannya membuat aduan terhadap kumpulan syarikat Chapley yang mengendalikan operasi pasar raya itu.

Pemangku Ketua Pegawai Kesihatan SA Health, Dr Chris Lease berkata, setakat ini tiada laporan mengaitkan insiden itu dengan sebarang kecederaan atau memudaratkan kesihatan.

"Apa yang merisaukan kami adalah kalkulator ada butang bateri dan jika ada yang tertelan ia boleh mengakibatkan kecederaan serius malahan boleh membawa maut," katanya.

Kejadian itu menyebabkan Kumpulan Chapley bekerjasama dengan SA Health dan pihak berkuasa makanan Australia-New Zealand memaklumkan pengguna berhubung perkara itu.

"Pembeli roti pada 7 April diingatkan supaya meneliti bungkusan itu dan boleh memulangkannya untuk mendapatkan wang pembelian sepenuhnya," katanya.-thenewdaily.com




roti ban, Adelaide, kalkulator

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain