suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fosil makhluk aneh berusia 430 juta tahun ditemui

Fosil makhluk aneh digali di Herefordshire, UK. Foto Elissa Martin/SWNS

FOSIL makhluk aneh yang berada di dasar laut sejak 430 juta tahun lalu telah digali Britain.

Pakar paleontologi Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) mengenal pasti tinggalan purba hidupan laut itu sebagai 'nenek moyang' babi laut dan timun laut.

Disebabkan bentuknya yang anak, makhluk itu dinamakan sebagai Sollasina cthulhu, semepena nama watak makhluk inspirasi filem Alien.

Cthuhlu muncul dalam siri kisah oleh pengarang AS, yang menyamakannya antara sotong, naga dan 'karikatur manusia'.

Walaupun fosil itu hanya bersaiz lebih satu inci (3 sentimeter) lebar, banyak tentakel panjangnya kelihatan hebat berbanding hidupan kecil laut yang lain. - Mirror UK



fosil, Sollasina cthulhu

Artikel Lain