suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemburu UFO temui markas makhluk asing di bulan, dakwa NASA cuba padam bukti

PERDEBATAN mengenai makhluk asing tidak pernah tamat, malah pelbagai bukti telah dikemukakan mengenai entiti itu.

Terbaharu, seorang pemburu objek terbang tidak dikenali (UFO), Scott C.Waring membuat pendedahan mengenai kemungkinan wujudnya pangkalan makhluk asing di bulan.

Ujar Scott, dia membuat kajian terpercinci terhadap foto-foto lama milik NASA sebelum tampil dengan penemuan itu.

Menerusi penerangan di blog miliknya, UFO Sightings Daily, struktur binaan itu terletak berhampiran salah satu kawah di permukaan bulan.

"Struktur itu kelihatan bujur dan sfera. Ia juga memiliki beberapa antena di atasnya.

"Sinaran yang terpapar menunjukkan yang ia diperbuat daripada metalik,"ujar Scott.

Selain mengemukakan penemuan itu, Scott turut menuduh NASA cuba menyembunyikan fakta kepada umum yang disifatkannya sebagai 'manipulasi mental'.

Menurut Scott, dia juga menemui pangkalan makhluk asing di kawah Zeeman sewaktu mengkajo peta permukaan bulan menerusi Google Maps.

Namun katanya, imej berkenaan sudahpun dipadam oleh Google sekaligus menimbulkan desas desus bahawa enjin pencarian itu bekerjasama dengan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk menutup bukti penemuan makhluk asing. - Sputniknews.

Scott C.Waring, UFO, Makhluk Asing, NASA

Artikel Lain