Suspek 17 tahun diburu polis, tapi guna gambar kanak-kanak untuk poster ‘wanted’ - Dunia | mStar

Suspek 17 tahun diburu polis, tapi guna gambar kanak-kanak untuk poster ‘wanted’

Poster mengenai seorang suspek berusia 17 tahun dikehendaki polis, tetapi gambarnya semasa kanak-kanak digunakan untuk pencarian itu.

POLIS di Zhenxiong, di wilayah Yunnan, China baru-baru ini dikecam kerana memburu suspek berusia 17 tahun tetapi menggunakan gambarnya semasa kanak-kanak.

Lihatlah pipi budak yang tembam. Adakah wajahnya seperti seseorang yang melakukan jenayah berkumpulan dan kesalahan keganasan yang lain?

Secara teknikalnya ya apabila gambar seorang suspek berbahaya sukar dikesan polis sejak dulu, digunakan untuk poster penjenayah dikehendaki.

Bagaimanapun, gambarnya semasa kanak-kanak mengelirukan kerana suspek sebenarnya berusia 17 tahun.

Polis bagaimanapun tidak menemui sebarang gambar terbaharu suspek, membuatkan mereka memutuskan untuk menggunakan gambar suspek yang mempunyai wajah yang comel semasa zaman kanak-kanaknya.

Pada 20 Mac lalu, polis Zhenxiong mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kerana menggunakan gambar suspek semasa kanak-kanak meskipun suspek kini dewasa.

Mereka cuba memberi penjelasan bahawa tiada gambar terbaharu suspek yang ditemui dan beranggapan ciri wajah pada zaman kanak-kanak itu memudahkan pengencaman pada hari ini. 

Penjelasan itu bagaimanapun mengundang padah apabila terus dikecam, dan polis memutuskan untuk menarik balik gambar berkenaan, pada 21 Mac lalu.- odditycentral


Artikel Berkaitan

Artikel Lain