suria

Impian bakal pengantin ke Las Vegas musnah gara-gara pengapit larikan wang 'parti bujang'

BAKAL pengantin terkedu apabila rancangannya untuk 'parti bujang' di Las Vegas tidak kesampaian gara-gara ditipu rakannya.

Ben Whincup telah merancang setahun untuk berhibur dengan rakan-rakannya sebelum berkahwin.

Namun semuanya musnah apabila rakan yang dipercayai telah melarikan wang untuk ke Las Vegas dan perkara itu diketahui sehari sebelum berangkat ke sana.

Rakannya tersebut telah mengaku bahawa duit sebanyak 8,000 paun (RM42,957) itu telah digunakannya tanpa membuat sebarang tempahan untuk percutian itu.

"Saya tidak percaya apa yang didengar. Saya tidak pernah marah, cuma terkejut dan tidak percaya.

"Anda tidak percaya bahawa ada orang sanggup berbuat demikian.

"Jadi kami terpaksa lupakan hasrat untuk berpati di kolam renang di Vegas, dan hanya duduk menghabiskan masa di pub di Swindon," ujar Whincup, 28 tahun.

Whincup akhirnya menghabiskan masa bersama kawan-kawan di Swindon.

Whincup yang bakal berkahwin dengan tunangnya, Emma pada 24 April ini di Royal Wotton Bassett merancang untuk ke Vegas bersama rakan-rakannya dari kelab ragbi, bapa dan dua orang adik ipar lelaki serta kawan keluarganya.

Mereka telah menyerahkan wang kepada rakannya itu yang juga dipilih menjadi pengapit ketika majlis perkahwinannya kelak.

Ben yang bertugas sebagai jurulatih ragbi di sebuah universiti dan jurutera berkata: "Sebaik sahaja kami sahkan tarikh, saya memberitahu Emma untuk berparti di Vegas.

"Saya selalu mengimpikan bermain di kasino ikonik itu sebelum berkahwin.

"Kami putuskan untuk membeli tiket dan cari penginapan tetapi dia (pengapit) menawarkan diri untuk uruskan semuanya.

"Kami telah serahkan lebih 700 paun setipa orang. Sepanjang minggu kami teruja tidak sabar untuk ke sana, dan tidak ada tanda-tanda ini akan berlaku.

"Ia bukan wang saya sahaja, tetapi orang lain yang sangat kecewa kerana terlepas peluang seumur hidup untuk ke Vegas." - mirror.co.uk

Tipu, bakal pengantin, Vegas

Artikel Lain