suria

Pengembara masa dari tahun 2030 dakwa manusia akan hidup dalam bandar bawah laut

Foto APEX TV / GETTY

SEORANG lelaki yang mendakwa dirinya datang dari tahun 2030 berkongsi tentang kejadian masa depan melalui video terkininya.

Noah mendakwa keadaan penduduk yang berlebihan akan menjadi satu isu yang memerlukan langkah drastik terpaksa diambil.

Melalui satu rakaman temu bual dengan saluran YouTube Apex TV, Noah berkata: "Bersama dengan makhluk yang melawat dan tinggal di angkasa, kita akan mempunyai bandar di dasar lautan.

"Ini kerana terlalu banyak penduduk yang akan menjadi masalah masa depan.

"Kita terpaksa tampil dengan beberapa cara hidup yang unik.

"Saya sebenarnya sudah melawat salah satu bandar bawah laut tersebut.

"Biar saya beritahu anda, bandar-bandar itu memang menakjubkan.

"Anda menaiki kapal selam dan ia membawa anda ke bandar gergasi bawah laut. Ia dilengkapi dengan segalanya yang ada pada bandar di daratan."

Pada 2017, populasi dunia sudah mencapai 7.5 juta penduduk dan saintis meramalkan bahawa bumi akan mencapai kapasiti maksimum antara 9 ke 10 bilion. - Daily Star

pengembara masa

Artikel Lain