Wanita dakwa lihat UFO berbentuk segi 3 sebanyak 6 kali sejak beberapa bulan lalu - Dunia | mStar

Wanita dakwa lihat UFO berbentuk segi 3 sebanyak 6 kali sejak beberapa bulan lalu

BAGI individu yang bertuah, mereka mungkin pernah melihat objek terbang tidak dikenali (UFO) sekali seumur hidup mereka.

Namun lain ceritanya apabila seorang wanita ini sudah menyaksikan UFO sebanyak enam kali sepanjang hayatnya.

Menetap di Leicester, Theresa Norris berkata, kejadian aneh itu berlaku sejak tiga bulan lalu.

Tidak berbentuk bulat seperti kebiasaan yang dipaparkan dalam filem, dia mendakwa melihat UFO berbentuk segi tiga.

"Kali pertama, saya nampak objek besar, sebesar bilik saya. Ia menghampiri atap rumah lalu hilang.

"Seingat saya, banyak lampu yang terang dia ia sentiasa bergerak.

"Saya keluar dan cuba tengok apa sebenarnya yang berlaku. Ada seorang lagi saksi pada masa itu," ujarnya.

Menurut Theresa, ada yang mendakwa ia hanyalah drone.

Namun, dia berkeras mengatakan itu merupakan UFO kerana dia yang menjadi saksi utama kejadian tersebut.

Jelas Theresa lagi, objek tersebut tidak mengeluarkan bunyi sebaliknya ia hanya terbang perlahan di kawasan langit.

Tambahnya, dia tidak berasa takut. Malah, dia begitu curiga untuk menyiasat mengenai UFO tersebut. - Leicester Mercury.

UFO , Theresa Norris

Artikel Berkaitan

Artikel Lain