Gumpalan rambut 1.5kg dalam perut budak - Dunia | mStar

Gumpalan rambut 1.5kg dalam perut budak

Menerusi imbasan, segumpal rambut dikesan di dalam perut seorang kanak-kanak.

SEGUMPAL rambut seberat 1.5 kilogram terpaksa dikeluarkan dari perut seorang kanak-kanak perempuan, gara-gara tabiatnya suka mengunyah rambut sendiri selama beberapa tahun.

Budak berusia lapan tahun yang dikenali sebagai Feifei memakan rambut sendiri sejak usianya baru dua tahun.

Dia memberitahu ibunya mengenai tabiat itu dihentikan pada awal tahun ini.

Bagaimanapun, dia sakit selama seminggu pada awal Februari lalu, dengan simptom muntah dan sakit perut yang teruk.

Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Donghua di Guandong di selatan China untuk menjalani rawatan.

Memetik laporan Southern Metropolitan Daily, Dr Tang Shilong melakukan rawatan pada perut Feifei dan tidak menemui sisa makanan.

Menerusi imbasan yang dilakukan, doktor terkejut apabila segumpal rambut yang besar dikesan di dalam perutnya.

Bagaimanapun, ia tidak boleh dikeluarkan melalui endoskopi kerana ia menunjukkan tanda-tanda penyerapan.

Dr Tang terpaksa melakukan pembedahan dan mengeluarkan gumpalan rambut itu dari perut Feifei.

"Gumpalan rambut ini pastinya sudah berada dalam perut selama bertahun-tahun. Kebiasaannya makan rambut adalah gejala gangguan makan yang menyebabkan seseorang itu mempunyai kecenderungan untuk makan benda bukan makanan," jelasnya. - Mirror UK

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain