suria

Momo dah mati! Kanak-kanak tak perlu takut lagi dengan patung ‘bunuh diri’

Foto Kennedy News and Media

PENCIPTA anak patung yang dilaporkan menyebabkan kanak-kanak berasa takut menegaskan bahawa tiada apa yang perlu dibimbangkan lagi kerana penciptaan yang mengerikan itu 'telah pergi'.

Bercakap dari kilangnya di Tokyo, Jepun, Keisuke Aiso berusia 43 tahun memberitahu bahawa Momo sudah mati.

"Ia tidak wujud lagi, ia tidak dibuat untuk bertahan. Ia telah pergi dan saya telah melemparkannya jauh.

"Kanak-kanak boleh kembali tenang, Momo telah mati. Dia tidak lagi wujud dan sumpahannya telah hilang," katanya kepada The Sun.

Lebih dikenali sebagai 'Mother Bird', ia dibuat pada 2016 dan dipamerkan di sebuah galeri seni di Tokyo.

Ia didakwa menjadi gurauan dalam talian yang menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran.

Ia juga menjadi subjek kepada cabaran Momo atau 'Momo Challenge' di mana kanak-kanak dicabar untuk berkomuniksi dengan nombor yang tidak dikenali, dan mengambil bahagian yang berisiko.

Dengan suara yang menghantui mereka, didakwa ancaman dikeluarkan kepada mereka yang menonton video tersebut.

Terdapat beberapa laporan mengenai kanak-kanak yang terbabit dengan cubaan menderakan diri, malah menggalakkan mereka untuk membunuh diri.  - Mail Online UK

Momo

Artikel Lain