suria

Petani hantar air 4 kali seminggu, takut haiwan taman negara mati akibat kemarau

Foto Facebook Patrick Kilonzo Mwalua

SEORANG petani di Afrika menggunakan masa terluangnya untuk menghantar ribuan liter air kepada haiwan yang dahaga akibat kemarau.

Patrick Killonzo Mwalua membantu haiwan-haiwan di Taman Negara Tsavo West di Kenya untuk kekal hidup setelah kemarau melanda kawasan itu selama beberapa tahun.

Patrick mula membawa 3,000 gelen air selama empat kali seminggu dengan menggunakan trak air khas.

Baru-baru ini, rakannya Nina Poletti dari Kanada turut membantunya membawa lebih banyak air kepada haiwan-haiwan tersebut.

Sejak kisahnya mula dilaporkan pada 2017, Patrick telah menubuhkan yayasannya sendiri untuk membantu lebih banyak haiwan.

Beliau mendapat idea untuk berbuat demikian ketika berkunjung ke taman negara itu pada musim panas dan melihat betapa gersangnya tanah di kawasan tersebut.

"Hujan tidak lagi turun selebat dulu. Sejak Jun tahun lalu, hujan tidak turun langsung.

"Jadi, saya mula berikan haiwan minum air sebab saya fikir, kalau saya tidak melakukannya, haiwan-haiwan itu akan mati.

Haiwan-haiwan di taman negara itu juga sudah mengenali Patrick.

Pernah sekali beliau disambut oleh kira-kira 500 kerbau yang menunggu ketibaannya kerana terlalu dahaga. - LAD Bible

petani, taman negara

Artikel Lain