Sekurang-kurangnya 70 maut dalam kebakaran, bomba sukar kenal pasti mayat - Dunia | mStar

Sekurang-kurangnya 70 maut dalam kebakaran, bomba sukar kenal pasti mayat

Anggota bomba membawa keluar mayat mangsa kebakaran. - Reuters

SEKURANG-KURANGNYA 70 orang terbunuh dalam kebakaran yang berlaku di kawasan lama di Dhaka, Bangladesh pada Khamis.

Kebakaran awalnya berlaku di sebuah gudang kimia di tingkat bawah bangunan empat tingkat Hazi Wahed Mansion yang terletak di belakang sebuah masjid di kawasan Chawkbazar Dhaka Lama.

Kebakaran mula berlaku pada lewat malam Rabu di sebuah bangunan dan kemudian cepat merebak ke bangunan-bangunan berdekatan.

Jumlah korban dari malam Rabu meningkat kepada 70 mangsa pada pagi Khamis.

Pasukan bomba ketika berusaha memadamkan api di Chawkbazar. - AP

"Angka itu dijangka meningkat memandangkan usaha pencarian masih diteruskan," lapor Reuters ketika memetik Julfikar Rahman, pengarah Perkhidmatan Bomba dan Pertahanan Awam negara itu.

"Pasukan kami sedang berusaha, tetapi terdapat banyak mayat yang ditemui sukar dikenal pasti.

"Anggota kami menggunakan beg badan untuk menghantarnya ke bilik mayat, ini adalah keadaan yang sangat sukar," katanya.

Memetik laporan Telegraph, kebakaran tersebut berjaya dikawal selepas anggota bomba bertarung selama lebih sembilan jam.

Pandangan atas ke atas lokasi kejadian kebakaran. - Reuters

Sebahagian 50 daripada mangsa yang cedera mengalami lecur yang sangat teruk.

Kawasan Chawkbazar padat dengan bangunan yang hanya dipisahkan oleh lorong-lorong sempit.

Kejiranan itu merupakan campuran kawasan kediaman dan komersial yang terdiri daripada kedai, restoran atau gudang di aras bawah.

Kebakaran mula berlaku pada lewat malam Rabu di sebuah bangunan.

kebakaran , Dhaka

Artikel Berkaitan