suria

Ibu muda lahirkan bayi kembar tujuh

Sebahagian daripada bayi kembar tujuh. Foto CEN/@Alroeya

SEORANG ibu selamat melahirkan tujuh bayi secara normal, dengan kemua anaknya dilaporkan dalam keadaan baik.

Kejadian berlaku di sebuah hospital di wilayah Diyali di timur Iraq.

Dipercayai ia merupakan kembar tujuh yang pertama dilahirkan di negara itu.

Jurucakap jabatan kesihatan tempatan, Firas Al Izzawi dalam satu kenyataan berkata, ibu berusia 25 tahun yang tidak dinamakan itu bersalin secara normal dan sihat selepas melahirkan kesemua anaknya.

Tujuh bayi kembar iaitu enam perempuan dan seorang lelaki dikatakan sihat selepas menjalani pemeriksaan perubatan. - Mirror UK


Artikel Lain