suria

Wow! Pemuda Jepun bertukar jadi anak patung hidup 'orang putih'

Wajah terkini Matt Kuwata. Foto Instagram matt_kuwata_official

KEBANYAKANNYA mengenali model dan selebriti Matt Kuwata sebagai anak lelaki kepada pemain legenda bola keranjang di Jepun, Masumi Kuwata.

Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pemuda ini meraih banyak perhatian kerana transformasi fizikalnya.

Entah bagaimana, jejaka berusia 24 tahun ini yang dahulunya merupakan remaja Jepun, kini kelihatan seperti anak patung lelaki 'orang putih'.

Matt menafikan dia menjalani pembedahan plastik.

Penampilan Matt menjadi topik hangat di media sosial Jepun dengan segelintir mereka mengagumi wajah 'putera asing' atau 'karakter anime'.

Malah, tidak terkecuali yang membuat spekulasi mengenai dirinya menjalani pembedahan plastik secara besar-besaran.

Dia tidak lagi kelihatan seperti orang Jepun, sebaliknya wajahnya mirip kepada patung manusia 'orang putih'.

Bagaimanapun, Matt menafikan dakwaan dia melakukan pembedahan plastik, dan menegaskan bahawa transformasi itu adalah hasil kepakarannya dalam kecantikan.

Matt begitu minat dalam rawatan dan produk kecantikan, dan dia sering mempromosikannya di laman sosial Instagram.

Bagaimanapun, ramai masih tidak percaya hanya produk-produk kecantikan yang digunakan untuk menghasilkan wajah baharunya. - odditycentral

Matt Kuwata

Artikel Sebelum

Artikel Lain