Meghan tulis surat rayu bapa berhenti buat hatinya berkecai, mahu hidup tenang - Dunia | mStar

Meghan tulis surat rayu bapa berhenti buat hatinya berkecai, mahu hidup tenang

Hubungan anak-beranak ini dilaporkan renggang.

SEBUAH surat sensasi ditulis oleh Meghan Markle kepada bapanya, Thomas tidak lama selepas perkahwinannya berlangsung, didedahkan oleh pihak media.

Meghan menuduh bapanya telah menghancurkan hatinya dengan mengadakan temu bual bersama pihak media, mereka-reka cerita dan menyerang Putera Harry.

Puteri itu merayu kepada bapanya: "Jika ayah menyayangi saya seperti yang ayah katakan kepada akhbar, tolong hentikannya. Tolong izinkan kami menjalani kehidupan dengan tenang."

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja seks tersinggung pisang ditulis Meghan dengan kata-kata semangat

Meghan juga mengadu bahawa Thomas tidak cuba untuk menghubunginya dan menegur bapanya kerana mendakwa dia sengaja menjauhkan diri daripada lelaki itu.

Isteri Putera Harry itu turut menuduh bapanya tidak mengendahkan tawaran pertolongan daripadanya dan Putera Harry ketika lelaki itu tarik diri daripada menghadiri majlis perkahwinan mereka selepas mengalami serangan jantung dua kali.

Meghan menuduh bapanya tidak bersyukur dengan jumlah wang yang telah diberikan kepadanya.

Sebahagian daripada surat yang didakwa ditulis oleh Meghan. - Mail Online

Melalui surat itu, Duchess of Sussex menulis: "Ayah, dengan hati yang berat saya menulis surat ini, saya tidak mengerti mengapa ayah memilih untuk mengambil jalan ini, berpura-pura tidak tahu dengan kesakitan yang ayah mulakan."

Dalam petikan lain, Meghan berkata: "Tindakan ayah telah membuatkan hati saya berkecai, bukan semata-mata kerana ayah telah menyebabkan kesakitan yang tidak sepatutnya ini, tetapi dengan memilih untuk tidak memberitahu kebenaran sebab ayah memanipulasi keadaan ini. Ia sesuatu yang saya tidak akan faham. "

Surat itu muncul selepas Thomas menolak untuk mengiringi anak perempuannya pada majlis perkahwinan Mei lalu dan kemudian bertindak mengkritik puteri itu menerusi temu bual bersama media.

Kewujudan surat itu didedahkan oleh rakan Meghan pada awal minggu ini, tetapi ia didedahkan sepenuhnya pada Ahad.

Surat Meghan itu berbunyi: "Ayah berkata saya tidak pernah membantu ayah secara kewangan dan ayah tidak pernah meminta saya untuk mendapatkan bantuan, ia juga tidak benar: ayah menghantar e-mel pada Oktober lalu dan berkata: 'Jika saya terlalu bergantung pada kamu (Meghan) untuk bantuan kewangan, saya minta maaf tetapi tolong saya jika kamu boleh membantu saya lebih lagi bukan sebagai bargainship di atas kesetiaan saya '. "

Meghan dan Putera Harry. - Foto PA

Duchess of Sussex itu menambah: "Tolong berhenti berbohong dan menyebabkan kesakitan ini, tolong berhenti mempergunakan hubungan saya dan suami.

"Saya sedar ayah berasa ayah berada di bawah dan tiada jalan keluar, tetapi jika ayah mengambil sedikit masa untuk berhenti sejenak, saya rasa ayah akan lihat bahawa hidup dengan hati nurani bersih adalah lebih berharga daripada sebarang bayaran di dunia ini.

Surat setebal lima muka surat itu diterbitkan oleh Mail pada Ahad dan muncul selepas lima rakan rapat Meghan mengadakan temu bual secara rahsia bersama sebuah majalah Amerika Syarikat pada minggu lalu.

Mereka berkata bahawa Meghan sangat kecewa dengan serangan awam bapanya terhadap dirinya dan Putera Harry.

Meghan menulis surat kekesalan itu untuk merayu agar Thomas menyelesaikan isu antara mereka secara tertutup. - Mirror UK

Meghan Markle

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel