suria

Pekerja seks tersinggung pisang ditulis Meghan dengan kata-kata semangat

Meghan Markle.

KATA-kata motivasi yang ditulis Meghan Markle pada pek makanan mengandungi pisang kepada pekerja seks, dilabelkan sebagai 'menyinggung perasaan' oleh salah seorang penerimanya.

Duchess of Sussex membuat keputusan untuk menulis mesej inspirasi di atas buah berkenaan semasa kunjungannya ke Bristol, United Kingdom pada Jumaat lalu.

Meghan yang sedang hamil menggunakan pen marker hitam menulis ungkapan "be strong" (moga tabah) dan "you are loved" (anda disayangi).

ARTIKEL BERKAITAN: Meghan kongsi kata-kata semangat di atas pisang kepada bekas pekerja seks


Antara kata-kata semangat yang ditulis Meghan pada pisang.

Seorang pekerja memberitahu The Sun bahawa idea tersebut amat bodoh.

Dia berkata: "Orang di luar sana menghadapi masalah untuk makan dan tidur, dan dia hadiahkan kami beberapa perkataan pada buah.

"Banyak cara lain yang boleh dia bantu kami. Ia menyinggung perasaan, anda tahu."

Bagaimanapun, seorang pekerja seks yang hidup gelandangan menyifatkan idea itu cukup 'manis'.

Dia berkata: "Cuaca sejuk sekarang, susah untuk mendapat duit untuk hidup di malam hari, jadi sebarang makanan dan tempat tidur adalah bantuan yang besar.

"Saya fikir adalah bagus Meghan memberi sokongan kepada mereka. Tindakannya cukup murni." - Mirror UK


Meghan Markle

Artikel Lain