suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu sarat mengandung kritikal ditembak anak 3 tahun

Gambar hiasan.

SEORANG ibu yang sarat mengandung kini dalam keadaan kritikal selepas anak lelakinya berusia tiga tahun secara tidak sengaja menembaknya di bahagian muka.

Menurut polis di Washington, Amerika Syarikat, mangsa berusia 27 tahun ketika kejadian sedang menonton televisyen di atas katil.

Tambah polis, senjata itu terlepas ke tangan anaknya.

Bapa kanak-kanak itu dilaporkan meminjam senjata tersebut daripada seorang rakan atau saudara.

Mangsa yang kini hamil lapan bulan, cedera pada pukul 4.40 petang Ahad waktu tempatan.

Sarjan Ryan Abbot dari Pejabat Polis Kings County berkata, bapa kanak-kanak itu telah meletakkan senjata yang dipenuhi peluru itu berdekatan dengan katil, selepas mendengar bunyi bising di luar.

Bercakap kepada Kiro 7, beliau berkata: "Dia (anaknya) menemui pistol dan mengambilnya, dan kedengaran bunyi kuat.

"Ibunya ditembak di bahagian muka," tambahnya sambil menambah mangsa kini dalam keadaan kritikal.

Mengikut undang-undang Kings County, senjata perlu disimpan dan dikunci, dan bapa kanak-kanak itu boleh berdepan dengan dakwaan jenayah. - Mirror UK



Artikel Lain