suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua maut pesawat terhempas atas rumah, saksi kata seperti bom jatuh

Beberapa rumah terbakar akibat sebuah pesawat yang terhempas. Foto Joshua Nelson/Twitter

SEBUAH pesawat terhempas di atas sebuah rumah, mengakibatkan dua maut dan beberapa yang lain cedera.

Kejadian yang berlaku di Anaheim di California, Amerika Syarikat, turut menyebabkan kebakaran dengan api marak membabitkan beberapa rumah, termasuk serpihan beterbangan.

Sekeping gambar menunjukkan pesawat tersebut dengan kepulan asap tebal.

Seorang penduduk tempatan menggunakan paip di sebuah taman untuk memadamkan serpihan yang terbakar, dipercayai sebahagian daripada sayap pesawat.

Bahagian-bahagian lain bagi pesawat Cessna, termasuk kipas dan enjin, bertaburan di halaman hadapan dan jalan masuk sebuah rumah.

Pesawat itu terhempas mengenai ruang tamu dan bilik tidur.

Saksi-saksi menggambarkan bunyi enjin pesawat itu begitu kuat sebelum merempuh ke atas rumah dan meletup, seperti 'sebutir bom jatuh'. - Mirror UK


Artikel Lain