suria

Gadis bunuh diri tinggal senarai perkara dirindui, nota "Saya minta maaf Mama"

Tara Condell merupakan pakar diet di New York. Foto Mirror UK

SEORANG pakar diet bertindak membunuh diri dan meninggalkan nota menyayat hati secara dalam talian.

Menerusi nota yang ditulis di blog, Tara Condell memohon maaf kepada ibunya dan memberitahu kepada mendiang bapanya yang dia "pulang ke rumah".

Gadis berusia 27 tahun itu dilaporkan ditemui menggantung diri di dalam apartmentnya di West Village, New York di Amerika Syarikat pada Rabu lalu, selepas polis dihubungi untuk memeriksa keadaannya.

Tara yang berasal dari San Francisco tidak hadir ke tempat kerja di Manhattan, New York, dan nota yang ditulis di blognya menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakan sekerja.

Di akhir nota itu, Tara membuat permohonan maaf kepada ibunya, "Saya minta maaf mama."

Dia turut memberitahu dia pernah menikmati masa yang paling gembira dan duka dalam hidupnya.

Bercakap kepada New York Post, sumber polis memberitahu bahawa Tara turut meninggalkan nota di rumahnya.

Nota tersebut bertajuk 'I Hate The Word 'Bye', But See You Later Maybe?' (Saya Benci Perkataan 'Selamat Tinggal', Tapi Mungkin Berjumpa Anda Nanti?).

Antara lain yang ditinggalkan Tara adalah senarai yang akan dirinduinya selepas silang kata dalam New York Times dan makanan kegemarannya.

"Saya sering berasa terasing di dalam bilik yang penuh dengan orang-orang yang saya suka. Saya juga berasa tiada apa-apa semasa waktu yang sepatutnya menjadi paling gembira dan pilu dalam hidup saya.

"Tiada satu pun perbualan atau keadaan yang membawa kepada saya untuk membuat keputusan ini, jadi tiada sebab untuk dicetuskan," katanya.

"Sila cuba mengingati saya sebagai manusia dengan kenangan yang dikongsikan bersama, dan bukan hanya tindakan akhir saya. Ini bukan kesalahan kamu.

"Ia tidak mudah untuk saya, saya ada di sini untuk anda, saya sayangkan awak, saya sentiasa ada dan saya sentiasa akan, saya berjanji. 

"Ayah, saya 'pulang ke rumah'. Saya minta maaf Mama," kata Tara menerusi nota tersebut. - Mirror UK

Tara Condell

Artikel Lain