suria

Meghan kongsi kata-kata semangat di atas pisang kepada bekas pekerja seks

MEGHAN Markle berkongsi kata-kata semangat ketika membuat lawatan di pusat kebajikan di Bristol.

Meghan dan suaminya Putera Harry membuat lawatan di One25 iaitu sebuah tempat  penempatan bagi mangsa-mangsa keganasan, bekas pekerja seks dan juga bekas penagih.

Meghan yang bakal menyambut kelahiran bayi sulung tidak lama lagi berkongsi kata-kata semangat 'You are strong,'You are special', 'You are brave,' dan 'You are loved'.

Meghan dan Henry.

Beliau turut membantu menyediakan pek makanan untuk diagihkan kepada penghuni pusat itu.

"Sebenarnya, kamu ada 'Sharpie', pen? Saya ada idea - mesej.

"Saya terfikir ini pada hari lain. Saya ada melihat satu program disekolah seorang wanita memulakan program di States apabila dia menulis sesuatu di atas pisang, pengakuan atau sesuatu yang membuatkan kanak-kanak berasa berkuasa.

"Saya fikir itu satu idea yang luar biasa - melalui tindakan yang kecil.'

Pisang merupakan sesuatu bermakna buat pasangan itu selepas Meghan memuatnaik gambar dua biji pisang yang dilukis corak seeprti 'senyum' di Instagramnya ketika mula bercinta pada tahun  2016.


The Duke dan Duchess Sussex itu turut berjumpa secara tertutup dengan bekas pekerja seks yang dibantu oleh One25.

Sam,43, memberitahu Meghan dan Harry bagaimana dia dijadikan pelacur pada usia 14 tahun dan menjadi penagih dadah sehinggalah One25 membantunya keluar dari dunia gelap itu dan menjaga anak-anaknya. -metro.co.uk

Meghan, Putera Harry

Artikel Lain