suria

Ahli Parlimen letak jawatan selepas dikritik cuba cium bibir pengacara TV

Leoan menolak cubaan Armenta mencium bibirnya.

SEORANG Ahli Parlimen meletak jawatan selepas dikecam gara-gara adegan cuma mencium pengacara TV wanita.

Alejandra Leon terpaksa menolak Jose Maria Armenta ketika program 'El Mejor Dia' (The Best Day) bersiaran di Mexico.

Sebelum itu Armenta memberi ciuman di pipi kepada seorang lagi pengacara Martha Hinojos.

Selepas itu dia cuba mencium Leon di bahagian bibir namun ditolak dan Armenta melepaskannya.

"Dia tidak mahu satu," ujar Armenta.

Selepas itu Armenta meminta untuk cium pipi Leon dan dia bersetuju namun dalam keadaan menggeletar.

Leon memberitahu:"Saya perlu beritahu sesuatu. 'Syaitan' akan bawa anda.

'Teman lelaki saya akan pukul anda."

Tetapi Armenta seperti tidak mengendahkan kata-kata Leon dan memberitahu: "Satu hari nanti saya kan cium kamu."

Tingkah laku Armenta itu dikritik hebat menyebabkan dia mengambil keputusan meletak jawatan dalam kerajaan.

Dia mengeluarkan kenyataan mengesahkan sudah berhenti dan tidak akan  muncul di rancangan TV lagi.

Dia menganggap tindakannya itu hanya untuk suka-suka dan meminta maaf kepada Leon.

Armenta juga menulis 'pelajari sesuatu yang hebat daripada insiden itu'. - metro.co.uk

Ahli Parlimen, cium

Artikel Lain