suria

Lelaki diambang maut curi kereta polis selepas diselamatkan

Foto Columbus Division of Police

POLIS Ohio, Amerika Syarikat (AS) tidak menyangka bahawa lelaki yang diselamatkan daripada maut bertindak mencuri kenderaan mereka selepas itu.

Bahagian Polis Columbus berkata menerusi kenyataan di Facebook, mereka dihubungi pada pagi Khamis untuk ke sebuah rumah di East Gates Street, di mana mereka mendapati penjenayah berusia 25 tahun Jeremy Davis (gambar) mengalami dos yang berlebihan.

Pihak polis berkata, pegawainya memberikan Davis sejenis ubat yang digunakan untuk membalikkan lebihan dos opioid (Narcan) dan nyawa pemuda itu berjaya diselamatkan.

Apabila pegawai polis membawanya ke ambulans, mereka mula memeriksa maklumat mengenainya untuk melihat sama ada ada waran pernah dikeluarkan terhadapnya.

Kata polis, ketika itulah Davis mula melarikan diri dan mencuri kenderaan polis terbabit.

Setakat Sabtu, pihak berkuasa masih mencari Davis atas kesalahan mencuri kereta.

Polis meminta bantuan orang awam yang mempunyai maklumat mengenai lokasi Davis untuk menelefon 911.

Davis digambarkan mempunyai ketinggian 1.8 meter dan berat 77 kilogram. - Inside Edition

lebih dos

Artikel Lain