suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan tunjuk muka, tapi gambar peti sejuk untuk cari jodoh

SAMSUNG memperkenalkan satu aplikasi dating terbaharu dengan cara yang unik, dengan memaparkan gambar-gambar di dalam peti sejuk pengguna.

Aplikasi diberi nama Refrigerdating itu adalah untuk pengguna peti sejuk Samsung yang mempunyai skrin sentuh pada pintunya, membolehkan mereka yang bujang untuk mengenali teman yang berpotensi berdasarkan apa yang disimpan mereka di dalam peralatan elektrik tersebut.

"Mudah saja memuat naik imej dan memberitahu dunia mengenai diri anda," menurut laman web berhubung aplikasi itu.

"Refrigerdating akan memadankan anda dengan pelbagai jenis peti sejuk, dengan citarasa yang berbeza untuk dipilih," tambahnya.

Ia menawarkan panduan kepada pengguna menggunakan makanan sebagai laluan untuk mengenali hati budi seseorang.

"Ingatlah bahawa gabungan yang tidak dijangka akan menjadikan restoran tiga bintang," katanya. - upi.com

Samsung, peti sejuk

Artikel Lain