suria

Benarkah PUBG, Fortnite beri kesan buruk terhadap perkembangan mental?

MASIHKAH anda ingat mengenai surat yang dihantar oleh seorang kanak-kanak kepada kerajaan India agar PUBG diharamkan di negara itu?

Terbaharu, Suruhanjaya Perlindungan Hak Kanak-Kanak Delhi (DCPCR) mengeluarkan senarai permainan video yang berisiko memberi kesan terhadap perkembangan mental.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak 11 tahun tulis surat kepada menteri, mohon PUBG diharamkan

Selain PUBG, permainan Fortnite, Pokemon, Grand Theft Auto (GTA), God of War dan Hitman turut dimasukkan dalam senarai tersebut.

Ujar DCPCR, Organisasi Kesihatan Dunia kini mengenalpasti kecelaruan permainan video atau gaming disorder sebagai salah satu masalah mental dalam senarai Klasifikasi Penyakit Antarabangsa (ICD).

ICD merupakan diagnostik manual yang diterbitkan oleh WHO yang mana edisi ke-11 turut menyenaraikan penyakit berkaitan kecelaruan dan ketagihan permainan video.

Ujar mereka, gejala serius itu perlu diberi perhatian dan mendapat pengawasan sewajarnya.

Untuk rekod, Hindustan Times sebelum ini pernah melaporkan kes seorang remaja yang menikam iu-bapa serta adiknya gara-gara tidak tahan mendengar bebelan mengenai sikapnya yang ketagih bermain permainan video.

Menurut laporan KPMG pula, 60 peratus pemain merupakan individu berusia bawah 24 tahun.

"Masalah ini semakin meningkat dengan wujudnya ledakan teknologi.

"Saya juga melihat individu seusia saya mengalami ketagihan permainan video sehingga menjejaskan kehidupan dewasa mereka," ujar Doktor Ankit Gupta, konsultan psikiatri di sebuah insitut perubatan di New Delhi. - Fit.TheQuint.

PUBG, Fortnite, GTA

Artikel Lain