suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umpama magis, bukan saja kopi tapi spageti & baju pun beku!

SIAPA sangka suhu di bawah paras beku boleh menghasilkan sesuatu yang diluar jangkaan, bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan dan kehidupan.

Mana tidaknya, makanan yang dibeli dan diletakkan di balkoni kediaman seorang penduduk di Chicago membeku dan ia kelihatan umpama magik.

James David membeli spageti dan selepas meletakkan hidangan itu dalam mangkuk dia meninggalkannya seketika di balkoni rumahnya.

Ketika itu suhu berada negatif 20 di bawah paras beku.

Sungguh mengejutkan apabila beberapa minit kemudian, pasta itu membeku, malah garpu yang digunakan juga bagaikan terletak bersama spageti itu.

Malahan, bukan James sahaja yang berdepan situasi mengejutkan itu kerana ada yang 'putih mata' apabila kopi panas bertukar menjadi salji!

Seorang lagi penduduk yang menyidai kemeja-t di balkoni pangsapurinya mendapati ia berubah membeku umpama arca ais.-unilad.co.uk

Chiocago, spageti, kopi

Artikel Lain