Lelaki buat 'hal' hubungi 999 mengadu burger ada bawang - Dunia | mStar

Lelaki buat 'hal' hubungi 999 mengadu burger ada bawang

SEORANG pelanggan lelaki di sebuah restoran makanan segera menghubungi talian kecemasan 999 mengadu terdapat bawang besar di dalam burgernya.

Leslie McDonagh, 53, memberitahu operator kecemasan bahawa dia menerima makanan salah dan tidak boleh makan bawang besar kerana masalah alahan teruk.

Sepasukan pegawai tiba di Oxford Road, cawangan McDonald di Manchester City untuk bertemu McDonagh.

Malah lelaki itu juga turut mencabar pengurus restoran untuk bergaduh kerana makanannya itu.

Apabila pegawai meminta lelaki itu beredar, dia menjatuhkan badannya dan memegang kaki pegawai tersebut.

McDonagh dikatakan mabuk ketika tiba di restoran makanan segera.

Dia ditahan dan dibawa beredar dari premis itu.

McDonagh yang bekerja di sebuah firma kewangan dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah untuk menyambut ulang tahun perkahwinannya dan singgah di restoran segera itu untuk membeli makanan.

Dia memberitahu sebelum itu telah minum enam tin minuman keras.

Dia didakwa melakukan serangan dengan memukul pegawai kecemasan dan mabuk serta berperangai tidak senonoh di kawasan awam.

Dia dijatuhkan hukuman 12 bulan melakukan kerja-kerja komuniti, serta 120 jam bekerja  tanpa gaji.

McDonagh juga didenda sebanyak 190 pound. -metro.co.uk

bawang besar , 999

Artikel Lain