suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ikan 'monster' sesat tengah jalan

Ikan 'monster' ditemui sesat tengah jalan. Foto Liverpool Echo

SEEKOR ikan dari laut dalam secara tiba-tiba tersesat di tengah jalan.

Rangka tulang ikan yang tajam itu ditemui di Kirkdale, Liverpool di England, Isnin lalu.

Ikan yang mempunyai ekor panjang, kepala leper dengan gigi tajam dan mata besar, kelihatan menggerunkan.

Makhluk aneh itu dikatakan dibawa arus tetapi tidak pernah dilihat di Kirkdale, terutama di Heriot Street yang hampir 2 kilometer dai mana-mana perairan.

Oleh itu, kemunculannya di darat menimbulkan tanda tanya.

Segelintir pihak membuat spekulasi bahawa ikan tersebut mungkin dijatuhkan oleh burung yang mengambilnya dari laut. - Metro UK

Artikel Lain