suria

Badan wanita terputus 3 dibaham harimau, keluarga terpaksa tunggu 6 jam kutip mayat

Harimau dikenali T64 ini kelihatan berlegar-legar di lokasi kejadian sebelum mayat wanita malang itu ditemui penduduk tempatan.

MAYAT terputus tiga ditemui di sebuah ladang berhampiran Taman Negara Ranthambore, Rajashtan pada Sabtu.

Mayat Munni Devi, 40, wanita malang itu dipercayai dibaham harimau di kawasan pertanian di Kundera Range.

Lebih menyedihkan apabila ahli keluarga dan penduduk kampung berkenaan terpaksa menunggu hampir enam jam untuk mengutip mayat mangsa terbabit.

Segala-galannya berpunca daripada tindakan tidak bertanggungjawab pihak polis yang menuntut wang pampasan di lokasi kejadian.

Kata saksi, pegawai senior memujuk penduduk supaya menyerahkan wang pampasan bagi memudahkan proses bedah siasat.

Sementara itu, jurucakap renjer hutan pula berkata, harimau terbabit dilabel sebagai T64 dilihat berlegar-legar dan bersembunyi berhampiran belukar di kawasan tersebut sejak beberapa hari lalu.

Katanya, harimau itu mungkin keluar dari kawasan berkenaan apabila menyedari mangsa melintasi kawasan berkenaan.-NDTV

Munni, harimau, T64

Artikel Lain