suria

Batu panas 'seterika' dada, kononnya elak budak perempuan jadi mangsa gangguan seksual, rogol

AMALAN masyarakat Afrika 'menyeterika' dada kanak-kanak perempuan menggunakan batu panas untuk melambatkan proses pembentukan payu dara kini merebak ke United Kingdom semata-mata untuk melindungi golongan itu daripada menjadi mangsa gangguan seksual dan rogol.

The Guardian melaporkan, komuniti di London, Yorkshire, Essex dan barat Midlands memaklumkan pihak media mengenai kes di mana dalam kalangan penduduk yang berasal dari beberapa negara di benua Afrika telah melalui proses menyakitkan itu.

Bagaimanapun pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meletakkan amalan itu sebagai antara lima jenayah global berkaitan kekejaman berasaskan gender.

Kebiasaannya, si ibu yang akan melaksanakan amalan itu bagi melindungi anak perempuan mereka. Bagaimanapun, pakar perubatan dan mangsa yang dikategorikan sebagai mangsa penderaan kanak-kanak kerana ia boleh menyebabkan adanya kesan parut, infeksi, kesukaran untuk menyusu bayi, malahan berdepan risiko menghidap kanser payu dara.

Aktivis masyarakat memberitahu media, dia mendapat maklum antara 15 hingga 20 peratus kes berkenaan berlaku di selatan London terutama di Croydon sahaja.

"Ibu, ibu saudara atau nenek akan menggunakan batu panas sebagai bahan mengurut pada payu dara berulang kali dalam usaha untuk memecahkan tisu di bahagian itu dan melambatkan proses pembentukannya.

"Kadang-kala ia dilakukan seminggu sekali atau dua minggu sekali," katanya.

Ketua Kumpulan Diaspora Pertubuhan Pembangunan Kanak-kanak Perempuan dan Wanita Came (Cawogido), Margaret Nyuyzewira berkata, sekurang-kurangnya 1,000 wanita dan budak perempuan di UK telah melalui proses itu.

Bagaimanapun, katanya, tiada kajian atau data rasmi yang dikumpul berkaitan amalan itu.-India Today




seterika, rogol, Afrika

Artikel Lain