suria

Terlalu teruja, gadis malu besar buat kesilapan bodoh sebelum temuduga dengan Microsoft

SEORANG gadis telah membuatkan dirinya nampak sedikit bodoh selepas tersalah tarikh temuduga dengan syarikat gergasi, Microsoft.

Baru-baru ini, Laura Maclean membuat posting di Twitter, memaparkan beberapa emel antara dirinya dan wakil di Microsoft yang membincangkan tentang tarikh temuduga pekerjaan baharunya yang dijadualkan dibuat melalui Skype.

Maclean menceritakan bagaimana dia telah bersiap sedia dengan komputernya untuk menerima panggilan Skype yang ditunggu-tunggu, tetapi curiga apabila dia tidak dihubungi.

Bingung menunggu, dia menghantar emel kepada Microsoft, yang kemudian memberitahunya bahawa tarikh temuduga itu adalah pada 18 Februari.

Bagaimanapun, Maclean membalas emel tersebut, memberitahu mereka bahawa 'hari ini adalah 18 Februari' dan dia sedang menunggu panggilan mereka.

Tidak lama kemudian dia menerima emel lain dari Microsoft yang memberitahunya bahawa tarikh pada hari itu adalah 18 Januari, bukan 18 Februari seperti yang disangka.

Dalam tweetnya yang menerima lebih dari 35,000 retweet dan 180,000 tanda suka, Maclean berkongsi paparan skrin emel-emel tersebut, dengan kapsyen: "Dah siap sedia berpakaian untuk temuduga besar melalui skype dengan Microsoft dan ini yang berlaku. Mungkin perkara bodoh terbesar di planet ini hahahahaha jika anda tak gelak anda akan menangis". -MetroUK

Maclean pertama kali menghantar emel kepada Microsoft untuk memberitahu mereka bahawa dia sedang menunggu panggilan Skype mereka.


Microsoft menjawab dan mengingatkannya temuduga akan diadakan pada 18 Februari.


Masih keliru, Maclean membalasanya, dengan yakin memberitahu tarikh hari itu adalah 18 Februari.


Microsoft memutuskan untuk memaklumkan kepadanya tarikh sebenar pada hari itu adalah 18 Januari.

Microsoft, temuduga, silap

Artikel Lain