suria

Minta anak jaga diri, mesej terakhir sebelum bapa tembak diri sendiri

BANGKOK: Seorang lelaki menembak dirinya sendiri di sebuah stesen bas di Bangkok, Thailand pada awal pagi Selasa selepas menghantar mesej menerusi aplikasi Line kepada anak perempuan dan rakannya.

Balai Polis Min Buri menerima panggilan berhubung insiden bunuh diri itu pada pukul 3 pagi, di sebuah stesen bas di hadapan Soi Sam Wa 4 di jalan Sam Wa di daerah Bang Chang, Bangkok.

Polis berkata, Pramote lam-aram, 50, yang merupakan seorang pekerja kilang di kawasan itu, meninggal dunia di stesen bas, akibat tembakan di kanan kepalanya.

Sepucuk pistor 357 revolver ditemui di sebelah mayat mangsa.

Rakannya, Preecha Jarassopha, 42, memberitahu polis di tempat kejadian bahawa dia menerima mesej menerusi aplikasi Line daripada Pramote pada pukul 1.56 pagi, meminta supaya menjaga anak perempuannya selepas dia meninggal dunia.

Mesej tersebut turut memberitahu Preecha supaya berjumpa dengan Pramote di stesen bas.

Bercakap kepada polis, anak perempuan Pramote, Wareerat Iam-aram, 21, menerima mesej menerusi aplikasi Line daripada bapanya meminta supaya menjaga dirinya, dan turut pergi ke stesen bas tersebut sebelum menemui mayat mangsa. – The Nation/Asia News Network

Artikel Lain