suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Gadis Air Fiji' selamba 'photobomb' selebriti ternama pada anugerah Golden Globes

'Gadis Air Fiji' melakukan photobomb pada gambar bintang Bohemian Rhapsody, Lucy Boynton (kiri) dan Richard Madden (kanan) - Foto Getty Images for FIJI Water

SEORANG wanita mencuri tumpuan melebihi barisan selebriti antarabangsa pada acara anugerah Golden Globes yang berlangsung Selasa.

Dia bukan pelakon, penyanyi, pengarah mahupun penerbit filem. Wanita jelita itu tidaklah popular sebelum ini, sehinggalah dia menjadi perhatian pada acara berprestij itu.

'Gadis Air Fiji' menjadi sensasi internet apabila dia dirakamkan melakukan 'photobomb' dalam gambar beberapa selebriti ternama.

Model berambut perang dalam persalinan gaun biru tua itu menjadi tular di Twitter kerana dia dengan sengaja berdiri berhampiran gambar selebriti pada acara karpet merah.

Bukan itu sahaja, dia kelihatan fotogenik dalam setiap gambar, tersenyum dan memandang tepat ke arah jurukamera.

Kelleth turut menonjolkan diri dalam gambar Nicole Kidman. - Foto Getty Images

Wanita itu rupa-rupanya seorang model yang berpangkalan di Los Angeles, Kelleth Cuthbert dibayar oleh jenama air Fiji untuk memastikan tetamu kekal terhidrat pada acara tersebut

Pengguna media sosial sangat menyukainya!

Seorang pelayar Twitter berkata: "Gadis Air Fiji itu menhidangkan wajahnya (dia sepatutnya menghidangkan air). Mencuri peluang pada saat terbaik. Dapatkannya Ratu!"

Manakala seorang lagi menulis, gadis tersebut sedang menikmati saat terindah dalam hidupnya. - Mirror UK

Golden Globes

Artikel Lain