suria

Belon 'merah' meletup di pasar, empat cedera

Sebelum insiden letupan berlaku.

EMPAT cedera parah selepas belon dipercayai diisi dengan gas hidrogen mudah terbakar tiba-tiba meletup.

Rakaman CCTV menunjukkan seorang wanita memegang beberapa belon berwarna merah di dalam sebuah pasar yang sibuk di Rajkot, Barat India.

Secara tiba-tiba berlaku letupan kecil dan percikan api besar jelas kelihatan di sekitar kawasan tersebut.

Orang ramai dilihat bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.

Tahap kerosakan disebabkan api tersebut tidak diketahui.

Orang ramai dikejutkan dengan bunyi letupan dan percikan api besar.

Polis masih menyiasat sama ada belon itu diisi dengan gas hidrogen dan bukannya helium.

Vendor ada kalanya menggunakan gas hidrogen berbanding helium kerana ia lebih murah dan senang diperolehi.

Gas hidrogen mudah terbakar dan penggunaannya dalam jumlah yang kecil juga boleh menyebabkan letupan.

Insiden itu berulang lagi dalam tempoh dua tahun selepas 15 orang dilaporkan cedera apabila belon diisi asetilena dalam satu acara membabitkan orang ramai di Institut Kerjaya Allen di Chandigarh, utara India tiba-tiba meletup.

Lima guru dan 10 pelajar yang memegang belon tersebut dikejarkan ke hospital dan hanya mengalami luka ringan. - Metro.co.uk

letupan, belon

Artikel Lain