suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengasuh sempat makan McD bersama kekasih sebelum serah bayi tidak bernyawa kepada ibu

Benson Xiong maut semasa dibawah jagaan pengasuhnya.

SEORANG pengasuh membunuh seorang bayi lelaki kemudian membawanya ke McDonalds sebelum menyerahkan mangsa kepada ibunya.

Semasa menyerahkan bayi itu, dia memberitahu ibu mangsa bahawa anaknya itu sedang tidur.

Marissa Tietsort, 28, memakaikan baju sejuk kepada Benson Xiong, dua bulan selepas membunuhnya dan meletakkannya di dalam kerusi kereta kanak-kanak sebelum menuju ke restoran makanan segera untuk makan bersama teman lelakinya.

Sebaik sahaja ibu bayi tersebut, Heather Gardner mendapati ada sesuatu tidak kena dengan anaknya semasa sedang berada di sebuah kedai dobi, dia menghubungi 911 untuk mendapatkan bantuan.

Menurut laporan, kulit bayi malang itu sudah pucat dan bibirnya sudah bertukar kebiruan.

Menurut Wausau Daily Herald, bayi itu mengalami kesan hentakan pada kepala manakala tulang tongkengnya turut retak.

Tietsort didakwa membunuh Benson di kediamannya pada Oktober lalu.

Tietsort didakwa melakukan pembunuhan darjah pertama pada Jumaat selepas membunuh Benson di kediamannya di Wausau, Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) pada 18 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa menghantar mesej kepada ibu bayi itu dua jam selepas wanita tersebut menghantar anaknya.

Tietsort memberitahu ibu bayi itu bahawa dia tidak sepatutnya menjaga kanak-kanak dan mengingatkan wanita itu supaya merahsiakan perkara tersebut.

Tertuduh yang sedang hamil anak keenam turut berdepan pertuduhan mendera seorang bayi perempuan berusia 11 bulan pada musim panas lalu.

Tietsort memberitahu polis bahawa dia tidak membunuh bayi tersebut.

Difahamkan selepas menyerahkan bayi tersebut kepada ibunya, Tietsort juga pergi berenang.

Tertuduh masih ditahan dan akan dibicarakan pada 18 Januari ini. - Metro.co.uk

pengasuh, bunuh

Artikel Lain